25 February 2012

-Surat untuk Penasihat Kelab Inspirasi-

Assalamualaikum.... Ke hadapan cik manisah yang manisssssss di sane......
Apa khabar? Busy ek cik mas ek? Pastilahkan. Aduh, peliklah kalau cik mas kata tak busy -_-. Eh, busy busy gak. habiskan dulu bace surat saye ni. Ni surat luahan tau cik mas. Dari hati. Tulus lah padaku bak kata Radja Indonesia.
nama jolokan : Cik mas/cik manisah/cik manis/cik sweet

Cik Mas, ini entri kedua untuk Kelab Inspirasi yang saya tulis. Kalau cik mas blum bace lagi entri sebelum ni, boleh klik sini.

Utk pengetahuan cik Mas,kisah Kelab Inspirasi akan dijadikan telenovela tau dalam blog saye ni. Ni siri kedua, berkaitan cik mas. Cik mas... sebelum bace tolong terharu dulu, boleh? Hewhewhew......

Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga pada Cik Mas sebab memberikan saya peluang dan kepercayaan untuk menjadi Presiden Kelab Inspirasi yang
popular dan terbaik ni. Cik mas tau tak yang cik mas dah ajar saya banyak perkara yang berkaitan hati dan perasaan di dalam melaksanakan tugasan.
Tanpa Cik Mas sbg penasihat yang selalu menyuruh, memberi tunjuk ajar, memberi keyakinan dan
memaksa(heh!), saya memang takkan sampai jadi mcm ni. Maksudnya, reti buat kerjalah..

Dalam otak saya ni selalu kata tak boleh tak boleh. Tapi cik mas tu memanjang cakap
boleh boleh dan disebabkan jwtn cik Mas lebih tinggi dari saya(ehem!), oh, terpaksa saya turuti. -_-

Tanpa tunjuk ajar dari cik Mas mesti saya 'nothing' dalam kepimpinan ni.
Bagi saya, cik mas profesional. Mendidik dan mengajar saya. Cik mas tak tegur salah saya depan-depan. Tapi, sememangnya saya akan ditegur dibelakang la kan... :)
Ha, mesti ahli
inspirasi yang lain tak tau atau buat2 tak tau yang saya pernah je kene marah dengan Cik Mas. Kena marah? Nampak selama ni saya je yang marah dorangkan.... huhuhuhuhhu.
Tapi takpe, peristiwa tu menyedarkan saya yang selaku ketua saya tak patut bersikap begini dan begitu. Terima kasih cik mas........


Tapi cik mas.... dalam kesyukuran dan kegembiraan dilantik.....perasaan terkilan tetap ada....
Sebab saya tahu saya tak menjadi ketua yang terbaik. Saya mengecewakan cik mas.... Saya tak dapat buat program Noraini. Saya selaku Exco Perhubungan Luar utk program TV3, tak berjaya contact tv3. Program tu tertangguh dua sem... Saya tahu saya memang mengecewakan cik Mas.. Minta maaf ye cik mas....
Bukan tu je!
Program jalinan kasih pun saya tak dapat buat
gak.
Bukan tu je lagi! Program Mira pun saya tak habiskan!!!!!!
Adoi, tertekannnn. Mesti cik Mas
lagi tertekankan. Eh jap. Ade lagi tak? Harap2 takdela....Saya dah berdebar ni ingat balik tanggungjawab yang tak digalas dengan sempurna. :(

Cik Mas, tolonglah ampunkan dosa dan maafkanlah salah saya ni. Tolonglah..........
Lagi satu yang saya telah mengecewakan Cik Mas masa di bawah pimpinan saya, Kelab Inspirasi tak dapat kelab terbaik. Tercalon pun tidak. :(
Minta maaf sangat2 cik mas.... harap cik mas jangan lah simpan perasaan terase hati tu lagi. tolonglahhhh........................................
TAPI!!!!
Alhamdulilah, Apih berjaya laksanakannya. Apih, terima kasih sebab awk berjaya
lakukannya dan buat cik Mas gembira tak terkata.... Terima kasih Apih.... :) Hanya Allah yang mampu membalas jasa awk kerana telah mengembirakan Cik mas...
Cik Mas, minta maaf sangat2 cik Mas.....Minta maaf tak dapat berikan yang terbaik... Saya sendiri sampai skrg ralat dan rase bersedih hati............ :(

Sedih tetap sedih. Tapi gembira tetap gembira. Maksud saya, sedih la sbb tak dpt laksanakan tugas dgn sempurna. Tapi, gembira dengan perkenalan dengan semua ahli kelab yang merangkap adik-adik kesayangan. Ok, awi dan kema tak tersenarai. -_-
Heee......korang kawan2 kesayangan. Kitakan sebaya ^-^

Eh Cik Mas, tak sangka sangat-sangat pelantikan saya dalam Kelab Inspirasi ni yang dulu saya anggap akan jadi beban, tapi akhirnya meninggalkan kenangan manis yang tak akan saya lupakan.

Bergambar bersama macam sama-sama remaja



Semua dah mcm sebaya dan seusia
-_-

Itu baru 2 keping gambar yang tengok mcm, eh, mane penasihat? Eh, mane ahli kelab? Eh mane yg terlebih usia? Teettttttttttttttttttttttttttttttttt.
Saya nak publish gmbr cik Mas banyak2 pun, buat apa kan? Cik Mas tu dah milik org. Lain la kalau publish gmbr saye dan ahli2 yang masih single lagi. :p market beb...market...... Eh, budget ramai plak bace blog ko. Huhuhuhuhuhuhu.....

Cik Mas, ni last gambar nak bg tahu semua org hobi cik mas........





........................................................






........................................................







........................................................




........................................................





........................................................



Cik mas suka menangkap.......................














orang yang jelita
-_-






raksasa dan pemangsa
;p





Terima kasih di atas segalanya cik Mas....
Hanya Allah yang mampu membalas budi baik cik Mas....
Semoga berbahagia di samping ahli keluarga.

Selamat hari kanak-kanak sedunia. *tibe-tibe*


Yang Benar lagi Ikhlas,
Mantan Presiden
Yang perasan jelita.

22 February 2012

-Aku, Kelab Inspirasi, luahan 1 & kenangan-

Assalamualaikum....

Malam tadi result punya pasal, aku tido kul 2.30pg. Check resultnya tak sampai pun satu minit, tapi tu lah bergurau senda dan beramah mesra dengan budak2 inspirasi punya pasal, bersengkang mata aku on9. Kesudahannya bukan best pun sbb post aku tu yg balas cuma ika raffali. Nak tunggu org lain Like apatah lagi. Chuii!~

Macam entri aku sebelum ni lah. Aku memang bukan kakak feveret dulu, kini dan selamanya. Adoi, sadisnya idup. Huhuhuhuhu...
Kelab Inspirasi ni adalah salah satu kenangan paling manis aku mase bergelar pelajar. Aku pun tak sangka aku akan rase seronok beronok ronok bile join kelab ni. 3 sem kot aku join. Kalau tak silap la. Tapi 1st sem tu aku join 1 aktiviti je. Mase tu taring sebenar masih lagi belum diasah. Masuk 2sem aku join, pun tak berape lagi sbb tampuk pemerintahan masih dikuasai oleh senior. Ha, masuk sem ketiga, muahahahahha(intro gelak yang mendebarkan), aku lah senior. YES! Sinonim, senior berkuasa. Berkuasa sebab aku gila kuasa. Masuk sem 3 ni lah yang paling best. best. best. best.
Sebab ape yg best? Sebab penasihat dan jugak ahli kelabnya. Ok, kalau puan penasihat sedang membaca ni, saya akan buat entri khas utk puan.(Ceh, budget puan penasihat baca) Huhuhuhu......
Kalau nak cakap mengenai ahli-ahlinya, mcm nak buat entri khas, tapi mcm takperlu je. Huhuhuhu. Eh, kena kena. Banyak kot nak mengomel pasal dorang. Yang pastinya aku sayang gila kat dorang. Dorang je yang ragu ragu nak sayang aku. Ragu-ragu ke? Aku rasa macam sangat berkeyakinan untuk langsung tidak disayangi. Erm, org jelita memang selalu dicemburui *ayat budget*

Kelab Inspirasi ni kelab pembimbing rakan sebaya. Bimbing ke arah ape? Bimbing ke perkara2 kebaikan. InsyaAllah akan jadi orang2 yang baik. Contoh paling terdekat boleh dilihat pada mantan presiden. Ehem. Dan jugak ahli-ahlinya semestinya. Hewww. Huhuuhhu.

Eh, kalau ada yang berminat nak tahu lebih lanjut pasal kelab ni boleh pergi ke sini

Dengan jujurnya aku cakap, memang aku rasa bertuah menjadi salah seorang dari ahli Kelab Inspirasi. Tapi dalam masa yang sama aku rasa rendah diri. :(

Aku rasa bertuah menjadi ahli Kelab Inspirasi sebab Kelab ni banyak sangat sangat sangat mengajar aku buat tu buat ni. Lebih spesifik lagi, Penasihat kelab dan individu yang terlibat dalam kelab ni yang mengajar aku macam mane nak buat tu, buat ni dan buat semua yang berkaitan dengan menguruskan program, buat kertas kerja budget, uruskan program dan sebagainya. Dan beberapa perkara yang berkaitan dengan pengurusan kelab ni jugak macam mendedahkan aku pada suasana yang boleh tahan tensionnya. Huhuhuh... Biase la...kalau tak rase tension, mcm mane nak rase bestnya kan.....

Dan kalau orang cakap join aktiviti2 ni semua melatih kita pada situasi bekerjakan. Macam aku, tak payah nak tunggu keje,praktikal lagi dah dipraktikkan..... Masa aku praktikal, apa yang aku aplikasikan masa belajar hanya 5% je kot. Yang lagi 95% tu adalah ketika suasana pengurusan kelab.... Dah memang awal2 lagikan aku tak nak praktikal kat tempat yang berkaitan statistik. Huhuhuhu...

Yang membuatkan aku rasa rendah diri lak.... erm..... erm.... bukan kerana kependekkan aku ek. Tapi sebab....kerana kurang bijaknya aku dalam pelajaran , ni ayat sopan.
Kerana kurang bijaknya aku, membuatkan aku bukan je rase rendah diri malah malu dengan diri sendiri. Iya lahkan, aku presiden(sekarang mantan), tapi aku yang paling worst. Dah lah pointer rendah, pastu siap repeat paper lagi. Adoi, malu malu malu..... Mungkin sebab ni-lah ada salah seorang dari ahli yang tak boleh terima aku :( Even aku dah jadik mantan pun, sampai skrg tak tegur aku :( Iya, aku tahu aku memang tak layak jadi ketua, sebab dah lah pendek, pastu suara itik, pastu ilmu cetek, aku tau banyak kekurangan, tapi be profesional la. Tak puas ati face to face dengan cara gentleman. Tak salah kan nasihat kan sesame kite. Tapi ni tak, g protes diam diam tinggalkan aku tertanya-tanya apa salah aku yg spesifik. Kalau ada salah, meh dtg tegur. Untuk kebaikan aku dan jugak hubungan kita semuakan. Ini tak, buat aku rase looser. Eh, looser tu bukan dah rase pun, tapi fakta. Budak yang tak tegur aku ni yang dah buktikan rasa aku ni adalah fakta.
Masa semester terakhirkan, ade satu majlis penganugerahan dan majlis meraikan pelajar semester terakhir. Sangat mengagumkan aku apabila adik-adik inspirasi aku ni yang memenangi anugerah kecemerangan lah, kepimpinan lah, itu lah, inilah. Malah Kelab Inspirasi sendiri menang Kelab Bukan Akademik Terbaik. Hoiiiiii la.Bersyukur aku walaupun mase tu aku hanya mantan presiden, yang hanya layak menumpang kegembiraan sahaja :) Tahniah hafiz, sebab berjaya membuatkan puan penasihat berbangga. :)
Tapi dalam masa yang sama, adoilah betapa rase mcm malu giler. Ahli kelab aku sume brilliant, excellent, intelligent, efisien,vitagen!
Aku sebagai bekas presiden, atau bekas ketua diorang? Herm.......... maleih mok cik nok citooooooooo.

Bersambung pada akan dtg....

Bye!

20 February 2012

-kisah di suatu maghrib-

Assalamualaikum...

Kisah ni dah lame sebenarnya. Masa maulidur rasul hari tu. Tapinya baru nak cerita sebab, maklumlah busy...... suri rumah tangga tak berape nak ade mase.... Mane nak kemas katil lagi, tidur lagi, makan lagi, ber-fb lagi, blog-walking lagi, ha lagi, lagi lagi.....

Malam sebelum maulidur rasul tu mak dan ayah aku kena pergi surau sebab ade buat selawat nabi. Tapi sebab mak aku kena masak2 untuk jamuan makan surau tu, mak aku buat keputusan pergi lepas solat maghrib di rumah. Kat sibu masuk maghrib pukul 6.50 petang. Tibe2 dalam kul 6.30 tu, kawan ayah aku datang umah dah bersiap lengkap dengan baju melayu songkok dan kain pelikat. Pastu ayah aku cakaplah yang ayah aku nak g pas maghribkan, tapi ayah aku ajak dia naik dulu meh makan2, nanti baru g same. Kawan ayah aku tu, umurnya 28tahun. Kira muda lagi. Memang baik pun dengan ayah aku sebab satu ofis kebetulan gak dia dr semenanjung same. Walaupun dia muda tapi pangkat dia lagi tinggi dr ayah aku sebab dia ada diploma. Jadi dia inspektor.

Jadinya sambil dia makan, mak dan ayah aku bersiap-siap la kan. Yang aku ni tolong kemas2 dapur. Keadaan dapur masa tu masyaAllah la meriahnya....... Ko tau la kalau lelaki masak. Uiiiiiiiii macam medan tinju dibuatnya keadaan persekitaran...... Ayah dan mak aku ni memang pasangan bahagia. Semua pun buat sama2. Masak untuk surau ni, kuih popia, kuih bakar, nagasari mak aku masak, mee goreng lak ayah aku masak. Yang buat dapur meriah tu, mee goreng ayah aku la.

Tengah2 aku kemas dapur tu, aku dengar la mak aku cakap kat kawan ayah aku tu, kalau nak solat maghrib sejadah dah siapkan kat ruang rehat tengah.

Tak lama pastu aku dengar la dia masuk bilik air ambil wudhuk dan solat maghrib. Dia solat maghrib, bacaannya sangat jelas dan yakin ko! Tahap bukan sahaja mengimamkan isteri, malah mengimamkan orang-orang kampung isteri pun bolehhh. Aku pun macam, eh, wujud lagi rupanya pemuda begini. Ceh! ok, teruskan mengemas dan mengelap dan membibikkan diri.

Tapi eh aku tu tak terhenti di situ je ok. Lepas je dia solat maghrib, boleh dengar dengan jelas dia baca doa dan berzikir macam yang imam surau atau masjid baca. FULL and COMPLETE. Tengah aku ter-eh-eh seorang diri(kagum yang teramat sangat ni), tibe2 mak aku dtg dapur dgn muka yang sgt mcm ade sesuatu yang bermain di benak mindanya. Amboi, ayat aku tak teragak... Bila aku pandang mak aku, aku tanya dia kenape? Mak aku dtg dekat aku dengan berbisik.... "Bagusnya Tuan teeettt tu," Lepas je mak aku cakap, mak aku terus blah.

Aku dah mcm terpinga-pinga... Eh, mak aku ni dah kenape? Tapi aku malas nak tanya lagi lanjut. Tapi aku tertanya-tanya gak la, mak aku ni kenape kan dtg semata-mata nak ckp tu aje.... Tak lama pastu mak aku dtg lagi dgn muka yang masih lagi sesuatu bermain di benak mindanya, kali ni aku tak bersuara cuma angkat kening je. Pastu mak aku ckp lagi, "Tuan Tettttt ni memang rajin solat ni. Dengar la dia baca doa tu.... bagusnyakannn." Aku angguk mengiyakan kata2 mak aku dengan membalas, "Mak, laki orang tu. Puan Teettt tu tengah pregnant anak sulung mak. Tak boleh jadi menantu." Pastu terus mak aku berlalu pergi dari dapur dengan riak muka yang kecewa......... Huhuhuhu.... Mak aku lupa agaknya yang Tuan Teettttt tu baru kahwin dan isterinya kat semenanjung sedang mengandung. Yang dia dok pikir agaknya, dia ada 3 orang nak dara. Hiks!~

Jauh di sudut hati aku ni, memang aku kagum tau dengan peristiwa yang berlaku di waktu maghrib..... Memang la ada setengah orang yang pendek akalnya berpendapat, ala tak semestinya orang yang solat tu baik.TAPI! Orang yang baik, semestinya dia bersolat....

Ya Allah, kurniakanlah aku jodoh yang mampu menjadi imamku.....

15 February 2012

-Bebelan kepada adik adik-

Assalamualaikum...

Perasan tak budak budak zaman sekarang ni sangatlah extremist.
Remaja, tapi macam gangster.
Mak aku katakan, dulu dia dengan sepupu2 lelaki sampai sekolah menengah boleh lagi tido ramai2 satu tilam. Tu dulu la. Zaman mak2 dulu.
Zaman skrg ni... aish, jangan nak kata tidur siang, tidur dalam bas pun belum tentu lagi selamat. Yang lagi harunya, jangan nak kata sepupu, bapak kepada sepupu pun belum tentu lagi boleh dipercayai.
Itu baru satu topik bab tidur. Belum lagi bab lain.

Budak-budak zaman skrg ni, sangat la advance dari aku pada zaman dahulu. Walaupun budget usia zaman tak jauh mana, tapi beze nya....uiiiiiiiiiiiiiiii la ketara gila. Scary ok~


2 hari lepas aku merungut dengan wawa, adik bongsu aku *tapi lebih besar dari aku yang sulung* Aku membebel dengan dia, aku kata susah hati betul la dengan perangai dia yang garang sangat kat bdak laki sekolah dia. Buatnya budak2 tu balas dendam buat benda tak elok, kang parah. Pastu aku membebel lagi, dia aku risau dengan perangai yang garang mcm singa betina jadian 7 purnama. Yang kak uda dia(adik aku nombor tiga), aku risau dengan perangai gatal kecik2 dah ada pakwe. 20 tahun. Kecik lagi ke? Bagi aku, adik-adik aku kecik lagi! Harap badan besar dan ketinggian aje tinggi. Tapi dorang tu tak reti jage diri lagi. So, bagi kak long korang memang masih kecikkk. Cuma tak perlu wa timang timang landak aje.

Esoknya, si wawa ni tanya aku balik...."kak long risau pasal wawa dengan kak ude je ke? abang kamu tak risaukan?" Eh, budak ni!!!! Mesti la aku risau gak. Tapi dianya tu aku risau pasal pegangan agama dia yang solat 5 waktu mcm mane dan perangai dia yang poyo2 budget mcm don juan. Hai adik aku ni, cubalah simpan niat jadik mcm don daniyal. Sejuk ati mak..... Lapang dada ayah..... senang hidup kak long. Tapi tu lah. Kalau ckp dia kaki perempuan, tak ngaku. Sebab katanya setia pada yang satu. Tapi hakikatnya, makwe satu sem satu!Kan bunyik dia macam sangat hot di situ.

Ni adik aku nazirah ni.Dah ade bf. Aku nak marah sangat pun tak boleh jugak. Sebab dia lebih pandai dr aku. Ye la dia pointer 3 ke atas di tambah pula dengan penah DL dan dia jugak lagi hawt dari aku. Pergi kelas berselendang bagai. Nak pergi menuntut ilmu budget macam nak masuk fashion show. SEE! Budak budak zaman skrg. HOVER tak sudah. Tapi nak marah dia pun tak boleh dah memang kawan2 dia pun HOVERRRR. Semuanya bergaya dengan pakai ptptn. Baru 2 bulan masuk belajar dah mintak mak ayah duit lagi. Tak macam aku dulu, dah hujung sem baruuuu mintak.
Lagi satu aku tak boleh nak bebel sangat kat dia sebab aku dulu pun mase diploma dah ade bf gak.Herm..... menyesal lak aku rasa sebab tak boleh nak jadikkan teladan baik pada adik2. Tapi nak buek mcm mano? Dah nak kahwin ni pun *insyaAllah
*
TAPI! Aku tak nak adik2 aku ikut jejak langkah aku. Bercinta lama2, baru nak kahwin. Aku dulu terlajak bercinta sebabnya tak ada orang yang sedarkan aku "Dalam Islam tiada istilah bercinta sebelum kahwin. Itu semua zina dan rosakkan hati" SERIUS! tidak ada. Zaman aku dulu myspace dan friendster. Eh, dulu mende alah tu sume mane ade oii ruang2 dakwah dan fan page ustaz2 ustazah2 dan yang sewaktu dengannya. Tak mcm FB. Punya banyak fanpage dakwah. Itu pun masih tak sedar lagi. Dengan jujurnya aku mengaku, memang aku menyesal bercinta di usia muda. Walaupun alhamdulilah, orang tu baik tapinya ye la kan... awal2 hubungan lagi tak seperti yang dianjurkan oleh Islam - bercinta sebelum kahwin, tapi tu la... Harapnya perancangan yang dirancang menjadi dan akan diredhai.... Nasib baik ustaz Azhar idrus bagi warning, pasangan yang dah berkahwin tetap kena melakukan solat sunat taubat di atas kesalahan yang dilakukan ketika bercinta dahulu. InsyaAllah ustaz.....tak sia-sia add ustaz dlm fb. Hewhewhewwwww.....

Yang wawa ni lagi satu. Dia ni malas nak belajar. Bila aku suruh dia belajar lepas sekolah, dia kata penat. Dah tu bila suruh belaja hujung minggu, dia kata cuti jadi kena cuti betul2 tak boleh belajar. Paler hawt ko. Hari sekolah aku tengok bukannya ko sekolah dr pagi sampai malam dan belajar betul2 pun. Balik sekolah makan, mandi, solat, tidur sampai petang. Macam perangai aku dulu. Tu sebab aku tak dpt g oversea. Sebab malas belajar. Tu sebab gak aku bebel kat dia, sebabnya aku nak dia belajarrr. Adik aku tu pandai sebenarnya.Cumanya malas nak mamp. Tu yang lembebbb sikit. Bila bebel2 kat dia, dia akan jawab, "Eh, agama wawa paling tinggi tau!" Phew budak ni~ Aku ckp nak masukkan dia ke sekolah pondok, tak mao pulak!!!

Hai laa adik-adik. Kalau aku ade superpower, memang aku kurung korang semua dalam rumah aje....

Kenape ek adik-adik ni kadang2 tak sedar yang aku duk cakap2, bebel2 kat diorang sebab aku taknakdorang buat apa yang dah penah aku buat dulu. *Hakikatnya aku pun tak suka orang bebel2* Eh, tapi akukan kakak sulung. Wajib laaaaaa bebel kat adik-adikkan.... Kakak kandung, walaupun bukan aku yang mengandungkan korang, tapi aku sayangkan korang mcm anak kandung tau tak!!!!!

Aku bebel tu, bukan sebab aku tak suka bf dorang ke, gf dorang ke. Ko gile ke ape aku tak suka bf dan gf korang tu? Padahal bukan aku kenal diorang pun lagi. Cumanya aku tak suka diorang tu bercinta sebab aku nak diorang fokus untuk masa depan. Gunakan masa muda dengan perkara berfaedah, bukan mcm aku dulu.

Adik-adik Jaga diri elok2, solat jangan tinggal, solat di awal waktu, mohon pada Allah jodohkan korang dengan orang yang dapat membimbing korang jalanNya. Baru lah ada istilah bercinta sampai syurga bukan semata mata di dunia.

Adik-adik, jaga diri tu elok2 oiii.... jangan la sesuke hati keluar dating berdua dua, bagi lelaki pegang sana sini, ckp i love you i miss you.

Hadkan Pergaulan, tingkatkan amalan.

Susah hati tahu tak kak long ko ni kalau korang jadik bohsia ngan bojan yang tak ada hala tuju dan masa depan.

Ha ni baru bebel dalam blog. Boleh tahan kan patah perkataan aku?
Boleh bayang kan tak kalau bebel secara live? Lintas langsung depan mata....
Agaknya tu sebab adik-adik tak suka aku.
Kak long bukan kakak feveret. Dulu, kini dan selamanya.

Sekian, trauma la kasih.

14 February 2012

-Genap sebulan-

Assalamualaikum...
Semalam genap sebulan aku duduk berehat di rumah.
"Duduk berehat di rumah" adalah suku kata panjang yang berbaur sopan. Secara ringkasnya, "Menganggur" tapinya berbaur sedikit kurang aja. *Sentaphatimaknak*.


Ni nak pesan la kat semua.

Jangan percaya pada janji manusia.

"Duduk berehat di rumah" dan juga "Janji manusia". Apa kaitan dengan dua ni woi?

Kalau lah aku tak percaya dan tak ambil serius dengan janji manusia, aku takkan "Duduk berehat di rumah".
Disebabkan percaya dengan "Janji manusia" lah aku masih "Duduk berehat di rumah".

Tapi tak ape.Positifkan minda. Ini semua kan kuasa Allah. Pastinya Dia telah mengatur yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Janji manusia? Memang tak boleh dipercayai.
TAPI.
Janji Allah, Itu pasti.

02 February 2012

-2012-

Assalamualaikum....

Tajuk entri mcm tajuk filem tak? Tapi, entri ni bukan pasalkiamatdahnakdekat.

Selamat tahun baru. Erk? Dah 2.2.2012. Ok. Selamat bulan februari.

Macam mane sambutan tahun baru semua? Tengok bunga api? Pegi klcc? Ke romen kat mana-mana? Astaghfirrullah al-azim.... *sambil tunduk ke bawah*

Bagi aku, tak ada beza pun 31 dec 2011 ke 1 jan 2012. Sebab ape? Sebab aku tak ada azam setelah Azam bin **** menolak cinta aku. Percaya? Jangan.


Yang penting tahun ni aku dah 25tahun. Tu pun baru tersedar pada pertengahan bulan januari. Owh, tak sangka dah 25tahun. Bila berbual dengan mak cik mak cik, semua pura-pura terkejut dapat tahu aku dah 25 tahun dan masih anak dara tanpa ada zuriat sendiri. *over*

Bila mak aku terangkan keadaan sebenar status akan datang, baru semua pun muka berubah jadi lega. Memang take care la mak cik mak cik ni. *Tangan ke dada, mulut terpeleot* Nama pun mak cik mak cik.

Sekarang ni kan aku bahagia tau.Sebab berada di rumah sendiri bersama ibu dan bapa yang dicintai. Dan juga adik bongsu yang disayangi. Dan juga bersama Ji Hu di sisi.

Dulu aku takut kucingkan.Sekarang pun takut lagi. Tapi dengan Ji hu aku tak takut. Sebab kalau aku tengking dia, dia diam dan pasrah je. Tak melawan pun. Lepas tu kan dia ni kucing yang baik dan lemah lembut je. Dia jugak kucing yang tak banyak kerenah. Tak pernah pun kencing dan berak kat dalam rumah. Mahupun di sekitar rumah. Dia berak dan kencing kat mana pun aku tak tahu. Tapi mustahil la dia tak berak dan kencingkan. Eh, lain kali la cerita pasal dia.


Kalau ada sapa-sapa perlukan pekerja, callme babeih babeihh euwwwwwww.... bebebhhh euwwwwww

Bye.

18 December 2011

-selangkah ke fasa baru-

Assalamualaikum....

Tadi ada sambutan asyura kat uitm. Alhamdulilah berjaya gak memotong kulit kentang dan meracik daging dengan sopan. Walaupun potong jambu tapi tak basuh, tapi tak apa. Sebab mak mertua tak ada kat depan mata. *phew*

Sekali lagi nak ucapkan alhamdulilah. Hari ni majlis merisik berjalan lancar. Eh? *pipi kembung merah-merah jambu.

Mulai dari saat pukul 4 petang tadi, tak boleh lagi menggatal nak pura-pura single. Sebab hakikatnya memang dah tak single. Tapi boleh gak la gatal-gatal sikit sebab belum double secara rasmi. Huhuhuhuhu.

Nasib baik teknologi dah moden. Merisik tanpa calon menantu depan mata pun tak jadi masalah. Dan lebih bernasib baik lagi bakal mak mertua dah tengok calon menantu sebelum majlis merisik betul-betul diadakan. Iyela, kot tiba-tiba dah merisik bagai rupa-rupanya calon menantu tu adalah anak yang dulu diberikan kepada keluarga lain disebabkan kedaifan hidup *sinopsis drama melayu dan sinetron indonesia* eh, apa khabar la diego dan bonai di sana?

Lepas ni terpaksa la beli buku-buku yang boleh menambah ilmu pengetahuan tentang hidup. Bagaimana menjadi isteri solehah, petua menambat hati mak mertua, cara-cara layan suami. Eh? Huhuhuhu.
Eh, tapi lagi penting buku resipi dan masakan melayu. Sebab, tak nak tragedi masak nasi lembik berulang kembali. Tapi, ada ke cara masak nasi ada ke dalam mana-mana buku resipi?

Semalam ada sorang budak pangkat adik kesayangan *la sangattt* merengek rengek nak tengok gambar abang ipar. Dah cakap takde, takde, takde, tapi tak paham bahasa. Dan disebabkan hari ni hari bahagia aku, terpaksa gak aku bagi tengok gambar bahagia kami bersama *pitam


keluarga bahagia
*muntah hijau*

Ok, ni bukan detik manis tengok gambar perkahwinan bersama anak perempuan sulung. Berlari bawah katil mak aku kalau baca statement ni woi. Tu tu album kahwin sepupu aku yang bernilai rm3 ribu. Tak mampu aku nak merealisasikannya secara realiti. Hanya mampu melihat dan memuji dalam hati. Esok, aku kahwin albumnya beli kat mydin, gambar yg cuci pakai printer sendiri aje akan dijadikan kenangan. Jimat itu amalan mulia. *Nada orang tak mampu.

Eh, comel tak budak kecik yang rambut curl2 manja tuh? Comel memang comel. Bila ko jumpa dia, rasa nak timang-timang tinggi-tinggi ololololo yayanggg. Tapppii ya rabbi manja. Jeles kalau orang rapat dengan aku. Yang paling tak menahan, sibuk aku tengah bermesra dengan boifren sendiri pun, dia jeles gak. Tapi bila aku bermesra dengan dia, tak pulak boifren aku jeles. Ni sape yg lebih menyayangi aku sebenarnya? si kecik tu atau boifren? Eh, boifren pulak. silap. Bakal suami. Bye.

09 December 2011

-Meh ko displinkan diri tuh sikit-

Disiplin harian umat Islam yang sebaik-baiknya,
Di waktu malam sunyi dia berdoa, bersolat sunat,
Mengadu pada Allah,
Bangun sebelum subuh,
Waktu bangun memuji Allah,
Serta niat sepanjang hari hendak membuat baik,
Sembahyang lima waktu berjemaah,
Kalau boleh sembahyang dhuha,

Tidur sebentar sebelum Zuhur,
Tidak tidur selepas Asar dan Subuh,
Selepas Isyak membaca sedikit Al-Quran
atau membuat perbincangan dengan keluarga.

Selepas itu pergi ke tempat tidur,
Sebelum tidur bertaubat dan berzikir dengan sebanyak-banyaknya hingga tertidur.

Begitulah dibuat sepanjang masa
Kecuali kalau ada hal mendadak
Sama ada masalah peribadi mahupun masalah lain
Ubah suailah dengan suasana,
Dengan tidak mengorbankan yang wajib.

Beginilah disiplin harian umat Islam...

28 November 2011

entry dari ipad

Assalamualaikum...
Eh. Macam tak percaya pulak boleh buat entry blog dari ipad. Mimpi indah apakah ini? Aduyainya pun....jika aku bermimpi, tolonglah jangan kejutkan. Kerana, kalau dah tersedar dari mimpi, nanti terpaksa pulangkan i pad ni kat tuannya balik... huhuhuhu. Terserlahketidakmampuan nak beli ipad sendiri.
sekian, lintas langsung dariz ipad pinjam.

08 November 2011

-Tolong berikan aku senyuman itu-


Assalamualaikum...
Dilanda masalah adalah lumrah.
Sebagai seorang wanita tabah......
Haruslah pasrah....
Sesungguhnya ini takdir Allah....


Maka..... senyumlah....

Eh, macam best la plak sajak / pantun / gurindam kat atas ni.

Mood tengah hari : Rindu asam pedas ikan keli mak. Boleh? "Angguk laju-laju*

Anak perempuan : Mak, rindula asam pedas ikan keli mak. Meleleh leleh air liur akak ni.
Emak Anak Perempuan : Rindu ikan keli jewww kewwwww? Mak nieww takk rinduww kewww? "Tanya Emak Anak Perempuan dengan gaya anwar hadi tuwwww

Ahaiii mak. Syurga kan di bawah telapak kaki ibu.

Mestilah rindu mak lagi mendalam.
Namun begitu, kalau diberi pilihan hidangan
1) ikan keli masak asam pedas
atau
2) kaki kiri mak masak asam pedas

pastilah ikan keli menjadi pilihan.

Selamat hari ikan keli sedunia
*Tibe-tibe*
Eh, nak tukar tajuk lah....
-Tolong berikan aku ikan keli itu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...